BREAKING NEWS

Fokus Mingguan

Maklumat Lanjut

Macam-macam

Tuesday, July 26, 2016

Hari Ini Dalam Sejarah

26 Julai 2016 adalah tarikh keramat apabila buat pertama kali dalam sejarah atlet SMK  Merotai Besar, adik Eizlan mengharumkan nama SMK Merotai Besar, Sabah dan seterusnya Malaysia apabila merangkul pingat emas dalam kejohanan Sukan Sekolah ASEAN yang berlangsung di Chiengmai Thailand bagi acara lompat tinggi dengan catatan 2.07 meter. Kejayaan ini adalah berkat daripada doa semua pihak yang mengharapkan kejayaan beliau. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang bagi mempastikan adik Eizlan dapat melaksanakan program, perancangan dan aktiviti yang dirancang dengan teratur dan lancar seterusnya meraikan kejayaan tersebut. Diharapkan kejayaan manis ini akan menyuntik semangat kepada warga SMK Merotai Besar khususnya dalam menghadapi cabaran dalam aspek kurikulum pula. Tahniah dan syabas

Monday, July 11, 2016

Perkumpulan ALUMNI SMK Merotai Besar BERJAYA

09 Julai 2016. Dalam kesibukan mengunjungi rumah saudara mara pada Hari Raya Eidul Fitri hari  yang keempat, kumpulan bekas pelajar SMK Merotai Besar SPM 1996 berjaya juga akhirnya dikumpulkan. Menurut Saudara Ghapar (Pengerusi Penganjur), tugas mengumpulkan bekas pelajar bukanlah satu tugas yang mudah kerana hampir kesemua bekas pelajar telah berada di merata tempat dalam Malaysia. Saudara Gapar optimis akan dapat mengumpulkan jumlah bekas pelajar yang lebih besar melibatkan bekas pelajar dalam jangkamasa tahun yang lebih panjang pada masa terdekat. Menurutnya, ini adalah langkah awal ke arah itu. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengetua SMK Merotai Besar (En. Rabe Juhari), Pengetua SMK Abaka (Tn. Hj. Sharifudin Kamarzaman) dan bekas guru yang mengajar sekitar tahun berkenaan iaitu cikgu Muhammad Juipri Mahasim, cikgu Suriansah Saggap dan cikgu Suriani. Dalam majlis itu juga, alumni lebih kurang 50 orang itu berjaya mengumpul sumbangan kilat lebih RM500.00 untuk adik Eizlan yang mewakili SMK Merotai Besar ke kejohanan sukan ASEAN di Chiengmai. Tahniah dan syabas.










Friday, July 01, 2016

Aksi Cuti Raya


 Cikgu Christie tidak dapat menahan keterujaan bersama pelajar untuk menyambut cuti sempena  sambutan Hari Raya

 Sebahagian guru-guru sesi petang sempat berposing sebelum memulakan cuti sempena Raya

Sempena menyambut cuti raya, guru-guru wanita sidang pagi menunjukkan kehebatan 'shaolin' mereka dengan berdiri di atas air tanpa tenggelam. Hebat!

 Guru-guru bergambar di bawah lampu 'Lip Lap' selepas thumb print untuk balik bercuti raya.



 Lagi aksi guru-guru riang dan anak-anak riang menyambut cuti




Sebahagian guru sidang pagi yang bergambar kenangan selepas selesai majlis tadarus, ceramah dan pengagihan duit raya

Duit Raya untuk semua pelajar SMK Merotai Besar

01 Julai 2016. Hasil usaha semua staf SMK Merotai Besar, Kelab Guru SMKMB berjaya mengumpulkan dana untuk memberikan 'Duit Raya' kepada semua pelajar SMK Merotai bagi kedua-dua sesi. Terima kasih kepada staf yang menyumbang dan pihak luar yang turut menyumbang. Mudah-mudahan Allah membalasnya berlipat kali ganda. Majlis ini sekaligus menjadi majlis bermaaf-maafan dalam kalangan guru dan antara guru dengan pelajar.

 Wajah-wajah gembira pelajar yang menerima 'Wang raya' 

 Cikgu Jumaria bertungkus lumus menyediakan envelope buatan tangan untuk diberikan kepada pelajar dan dibantu oleh pelajar

 Cikgu Rizwan berkongsi kegembiraan pelajar. sesungguh tangan di sebelah atas itu adalah mulia
 Para pelajar bergambar sambil mempamerkan 'Duit Raya' yang diterima
 Penyediaan 'Duit Raya' oleh guru-guru

 Majlis bersalam-salam sambil 'Duit Raya' dihulur.






Majlis Tadarus SMK Merotai Besar

1 Julai 2016. Demi menghaidupkan kecintaan terhadap al-Quran SMKMB mengadakan 2 majlis tadarus berasingan iaitu di sesi pagi dan petang. Penyertaan melibatkan pelajar dan guru. Majlis penyampaian hadiah turut diadakan sempena penutup program Panitia Pendidikan Islam. Semoga warga generasi kelahiran SMK Merotai menjadi warga yang mencintai al-Quran.


















































 
Copyright © 2016 SMK MEROTAI BESAR
Share on . Powered byBlogger