BREAKING NEWS

Fokus Mingguan

Maklumat Lanjut

Macam-macam

Tuesday, July 26, 2016

Hari Ini Dalam Sejarah

26 Julai 2016 adalah tarikh keramat apabila buat pertama kali dalam sejarah atlet SMK  Merotai Besar, adik Eizlan mengharumkan nama SMK Merotai Besar, Sabah dan seterusnya Malaysia apabila merangkul pingat emas dalam kejohanan Sukan Sekolah ASEAN yang berlangsung di Chiengmai Thailand bagi acara lompat tinggi dengan catatan 2.07 meter. Kejayaan ini adalah berkat daripada doa semua pihak yang mengharapkan kejayaan beliau. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang bagi mempastikan adik Eizlan dapat melaksanakan program, perancangan dan aktiviti yang dirancang dengan teratur dan lancar seterusnya meraikan kejayaan tersebut. Diharapkan kejayaan manis ini akan menyuntik semangat kepada warga SMK Merotai Besar khususnya dalam menghadapi cabaran dalam aspek kurikulum pula. Tahniah dan syabas

 
Copyright © 2016 SMK MEROTAI BESAR
Share on . Powered byBlogger