BREAKING NEWS

Fokus Mingguan

Maklumat Lanjut

Macam-macam

Monday, July 11, 2016

Perkumpulan ALUMNI SMK Merotai Besar BERJAYA

09 Julai 2016. Dalam kesibukan mengunjungi rumah saudara mara pada Hari Raya Eidul Fitri hari  yang keempat, kumpulan bekas pelajar SMK Merotai Besar SPM 1996 berjaya juga akhirnya dikumpulkan. Menurut Saudara Ghapar (Pengerusi Penganjur), tugas mengumpulkan bekas pelajar bukanlah satu tugas yang mudah kerana hampir kesemua bekas pelajar telah berada di merata tempat dalam Malaysia. Saudara Gapar optimis akan dapat mengumpulkan jumlah bekas pelajar yang lebih besar melibatkan bekas pelajar dalam jangkamasa tahun yang lebih panjang pada masa terdekat. Menurutnya, ini adalah langkah awal ke arah itu. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengetua SMK Merotai Besar (En. Rabe Juhari), Pengetua SMK Abaka (Tn. Hj. Sharifudin Kamarzaman) dan bekas guru yang mengajar sekitar tahun berkenaan iaitu cikgu Muhammad Juipri Mahasim, cikgu Suriansah Saggap dan cikgu Suriani. Dalam majlis itu juga, alumni lebih kurang 50 orang itu berjaya mengumpul sumbangan kilat lebih RM500.00 untuk adik Eizlan yang mewakili SMK Merotai Besar ke kejohanan sukan ASEAN di Chiengmai. Tahniah dan syabas.










 
Copyright © 2016 SMK MEROTAI BESAR
Share on . Powered byBlogger