SMK Merotai Besar 23 Januari 2016. Acara tahunan iaitu Program Merentas Desa dijalankan bermula di Padang SMK Merotai Besar ke Kampung Desa Subur dan berpatah balik ke tapak perhimpunan sekolah. Kehadiran sangat memberangsangkan. Larian dilepaskan oleh YDP PIBG iaitu En. Kure Benu bagi Lelaki A dan B. Sementara bagi Perempuan A dilepaskan oleh Pengetua sekolah En. Rabe Juhari dan perempuan B oleh PK Kokurikulum iaitu Pn. Jaitun Hj. Suman. Acara bermula pada pukul 7.00 pagi dengan senamrobik untuk tujuan pemanasan badan sebelum dilepaskan dalam pukul 7.50 pagi. MAjlis penyampaian hadiah diadakan pada hari yang sama pada pukul 9.30 pagi. dan berakhir pada pukul 10.30 pagi. Terimakasih diucapkan kepada semua warga sekolah dan pasukan polis yang membantu melicinkan perjalanan program. Syabas!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment