BREAKING NEWS

Fokus Mingguan

Maklumat Lanjut

Macam-macam

Sunday, January 31, 2016

Aktiviti Bulan Sabit Merah 'Awesome!

29 Januari 2016 (Sabtu). Unit Bulan Sabit Merah mengadakan program latihan pertolongan cemas. Jurulatih daripada luar telah dijemput bagi membimbing pelajar bagi menangani situasi cemas sekiranya berlaku. Program yang sangat bermanfaat. Tahniah kepada unit Buan Sabit Merah!


Pelakon Terbaik ler...

Situasi cemas..boleh senyum lagi?

Tinjuk cara pertolongan kecemasan oleh jurulatih hebat!

Transformasi Sekolah Ku

29 Januari 2016 (Sabtu). Guru-guru bersama-sama pelajar Pra U telah mengadakan Projek Khidmat Masyarakat membersihkan, mengemas dan menceriakan kawasan sekolah dan stor peralatan untuk penyimpanan Unit 3K Sekolah. Program turut dibantu oleh warden asrama dan beberapa orang guru. Program berjaya mencapai misi yang diharapkan. Semasa program berkenaan, YB. Datuk Pang (ADUN Merotai) kebetulan datang ke sekolah dalam rangka lawatan untuk membekalkan LCD kepada sekolah. Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terbabit dalam program ini. "Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi?, Kalau Bukan Sekarang, Bila Lagi?"  

Kerja-kerja awal penceriaan stor Unit 3K
Bertukar-tukar idea untuk memanfaatkan ruang yang terhad
Fokus dalam melaksanakan tugasan
Melakukan Kerja-Kerja Pembersihan
Barangan Kelihatan Tersusun kemas



Keceriaan Terserlah






Santai Selepas Bertungkus Lumus

Masa Untuk Berehat (Guru-Guru)
Berposing bersama YB Datuk Pang (ADUN Merotai)

Monday, January 25, 2016

Sumbangan Parlimen Kalabakan Kepada Asrama Sekolah

25 Januari 2016. "Orang memberi kita merasa", "terima kasih Daun Keladi". Parlimen Kalabakan telah bermurah hati menurunkan bantuan berupa bantal dan tilam baru untuk menggantikan tilam dan bantal lama yang digunakan oleh asrama SMK Merotai Besar. Ahli Parlimen Kalabakan iaitu Datuk Ghapur Hj. Salleh melalui Pemimpin Kemajuan Rakyat beliau iaitu En. Ismail Ayid telah menyumbang sebanyak 220 katil dan tilam. Hal ini adalah susulan kedatangan awal En. Ismail pada 22 Januari 2016 untuk meninjau keperluan yang diperlukan oleh asrama sekolah. Jutaan terima kasih diucapkan atas sumbangan yang telah dihulurkan.

 
 
En. Rabe Juhari (Pengetua SMK Merotai Besar) bersalam dengan En. Ismail Ayid (PKR bagi Parlimen Kalabakan) dalam majlis penyerahan bantuan kepada sekolah
Pelajar-pelajar asrama bergambar dengan ceria bersama pengetua dan En. Ismail semasa majlis penyerahan bantuan berkenaan

Saturday, January 23, 2016

Mural Lukisan 3D

23 Januari 2016. Para pelajar yang berkomitmen untuk menyiapkan lukisan 3D dikawasan halaman tengah sekolah. Syabas dan tahniah





Merentas Desa 2016

SMK Merotai Besar 23 Januari 2016. Acara tahunan iaitu Program Merentas Desa dijalankan bermula di Padang SMK Merotai Besar ke Kampung Desa Subur dan berpatah balik ke tapak perhimpunan sekolah. Kehadiran sangat memberangsangkan. Larian dilepaskan oleh YDP PIBG iaitu En. Kure Benu bagi Lelaki A dan B. Sementara bagi Perempuan A dilepaskan oleh Pengetua sekolah En. Rabe Juhari dan perempuan B oleh PK Kokurikulum iaitu Pn. Jaitun Hj. Suman. Acara bermula pada pukul 7.00 pagi dengan senamrobik untuk tujuan pemanasan badan sebelum dilepaskan dalam pukul 7.50 pagi. MAjlis penyampaian hadiah diadakan pada hari yang sama pada pukul 9.30 pagi. dan berakhir pada pukul 10.30 pagi. Terimakasih diucapkan kepada semua warga sekolah dan pasukan polis yang membantu melicinkan perjalanan program. Syabas!

































































 
Copyright © 2016 SMK MEROTAI BESAR
Share on . Powered byBlogger