BREAKING NEWS

Fokus Mingguan

Maklumat Lanjut

Macam-macam

Monday, January 25, 2016

Sumbangan Parlimen Kalabakan Kepada Asrama Sekolah

25 Januari 2016. "Orang memberi kita merasa", "terima kasih Daun Keladi". Parlimen Kalabakan telah bermurah hati menurunkan bantuan berupa bantal dan tilam baru untuk menggantikan tilam dan bantal lama yang digunakan oleh asrama SMK Merotai Besar. Ahli Parlimen Kalabakan iaitu Datuk Ghapur Hj. Salleh melalui Pemimpin Kemajuan Rakyat beliau iaitu En. Ismail Ayid telah menyumbang sebanyak 220 katil dan tilam. Hal ini adalah susulan kedatangan awal En. Ismail pada 22 Januari 2016 untuk meninjau keperluan yang diperlukan oleh asrama sekolah. Jutaan terima kasih diucapkan atas sumbangan yang telah dihulurkan.

 
 
En. Rabe Juhari (Pengetua SMK Merotai Besar) bersalam dengan En. Ismail Ayid (PKR bagi Parlimen Kalabakan) dalam majlis penyerahan bantuan kepada sekolah
Pelajar-pelajar asrama bergambar dengan ceria bersama pengetua dan En. Ismail semasa majlis penyerahan bantuan berkenaan
 
Copyright © 2016 SMK MEROTAI BESAR
Share on . Powered byBlogger