BREAKING NEWS

Fokus Mingguan

Maklumat Lanjut

Macam-macam

Saturday, April 06, 2019

SMK MEROTAI MENERIMA ANUGERAH MEKAR ATAS PENCAPAIAN STPM 2018

5 April 2019 mencatatkan hari yang bersejarah apabila Sekali lagi SMK Merotai Besar dikurniakan anugerah berprestij MEKAR bagi tahun 2019 atas pencapaian SANGAT Cemerlang STPM 2018. Anugerah ini HANYA dikurniakan kepada sekolah yang berada di tempat 1, 2 & 3 terbaik di Sabah bagi pelbagai kategori. SMK Merotai Besar mendapat tempat pertama bagi kategori C (Calon dalam 49 dan kebawah) di seluruh Sabah. Tahniah kepada Guru Akademik, warga sekolah dan semua pemimpin tempatan serta semua pihak yang telah membantu kejayaan SMK Merotai Besar sama ada secara langsung atau tidak langsung. Teruskan berusaha demi anak bangsa. Doakan kejayaan SMK Merotai agar tekal dalam meraih kejayaan seterusnya.Majlis MEKAR telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Sabah. Turut hadir ialah Pengarah Pendidikan Sabah serta timbalan-timbalan menteri Pelajaran.








 

 
Copyright © 2016 SMK MEROTAI BESAR
Share on . Powered byBlogger