Tarikh 11 Mac 2019 mencatat sejarah TERINDAH untuk SMK Merotai Besar. Sebuah sekolah biasa di luar bandar dengan pencapaian luar biasa. Setelah pada tahun 2017 hanya berada dalam kedudukan ke-2 di Sabah, SMK Merotai Besar yang bertuah ini kini mengungguli tahta tempat pertama di Sabah dalam kategori 1 STPM 2018. Kenangan ini sangat manis kerana:
1. Buat kali kedua dalam sejarah Tingkatan 6 dalam daerah Tawau mencatat GPS 3.00 dan ke atas
dan mencapainya bagi kali ke-2 berturut-turut
2. Berada di tempat PERTAMA dalam STPM kategori 1 di peringkat NEGERI Sabah
3. Mencatat GPS tertinggi bagi semua kategori
4. Seorang pelajar mencatat 4A's setelah kali pertama pada tahun 2004
5. Mencatat GPS tertinggi peringkat DAERAH Tawau
6. Mencatat kelulusan 100% bagi 7 tahun berturut-turut
Cabaran bagi sekolah kategori 1 STPM ialah kegagalan atau markah GP individu yang rendah menyumbang kepada peratus dan kejatuhan GPS yang besar.
Terima kasih kepada YB Parlimen Kalabakan, YB DUN Merotai, PIBG, guru tingkatan 6, semua guru dan staf, para pelajar tingkatan 6 (hero sebenar yang telah menunjukkan iltizam yang sangat unggul membolehkan sekolah berada dalam kedudukan yang sangat cemerlang) SERTA semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Diharapkan kecemerlangan ini terus kekal dizahirkan pada tahun mendatang. Doakan kejayaan SMK Merotai Besar bagi siri STPM seterusnya.
Ranking SMK Merotai Besar di Sabah (Kat. 1) |
Sijil Pelajar Cemerlang 4A's |
Penyerahan Sijil Kecemerlangan STPM 4A's (Adik Andi Mazriatul Akma Binti Sofian) |
Gambar kenangan dengan pengarah, pengetua, PK Tingkatan 6 dan pelajar cemerlang daerah Tawau |
Gambar Kenangan Pengarah, Pengetua serta PK Tingkatan 6 Kolej dan Sekolah Cemerlang STPM Daerah Tawau |
Gambar Kenangan Guru dan Pelajar Cemerlang Daerah Tawau Bersama Pengarah Pendidikan Sabah |
Gambar Kenangan Pengetua, PK Tingkatan 6 dan Pelajar Cemerlang STPM SMK Merotai Besar, Tawau |
Gambar Kenangan Pengetua & PK Tingkatan 6 bersama Tn. Hj. Darmanshah Hj. Asakil (PPD Tawau) |
Post a Comment