Tarikh : 2 Januari 2019 (Rabu)
Tempat : Dewan Serbaguna SMKMB
Masa : 6.50-8.00 am
SMK Merotai Besar sangat bertuah kerana dapat bersama dengan YB Sarifuddin Hata (Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah Merangkap ADUN N.58 Merotai) untuk memulakan hari persekolahan bersama dengan warga SMK Merotai Besar. Kegembiraan warga sekolah berganda apabila YB mengumumkan kesediaan beliau untuk menjadi BAPA ANGKAT SMK Merotai Besar dan memberikan komitmen bersama-sama warga sekolah untuk membantu dalam kemajuan prestasi pelajar dan infrastruktur sekolah. Beliau turut menawarkan beberapa insentif lumayan kepada pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam prestasi peperiksaan. Sementara itu, atas bantuan dan usaha YB juga, SMK Merotai Besar telah memulakan hari persekolahan 2019 dengan wajah baru apabila 2 blok bangunan kongkrit sekolah telah dicat baru. Diharapkan warga SMK Merotai Besar akan terus bersemangat dan cemerlang dalam pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan nilai pelajar-pelajarnya.
Ucapan YB Sarifuddin Hata (Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah Merangkap ADUN N.58 Merotai) |
Ucapan Alu-aluan En. Rabe Juhari (Pengetua SMK Merotai Besar Tawau) |
Pengetua dan guru-guru SMK Merotai Besar menunggu ketibaan YB bersama ke Majlis Perhimpunan Sekolah 2019 |
Post a Comment