BREAKING NEWS

Fokus Mingguan

Maklumat Lanjut

Macam-macam

Saturday, April 07, 2018

Program Turun Padang Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia

Program Turun Padang Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia

Tarikh : 7 April 2018 (Sabtu)
Tempat : Dewan Serbaguna SMK Merotai Besar Tawau
Sasaran : Semua Pelajar T5 dan T6

Lawatan Turun Padang Tn Hj Mohd Fauzi Bin Datuk Hj Mohd Kassim (Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia) ke SMK Merotai memberi suntikan semangat kepada warga sekolah khususnya guru dan pelajar tingkatan 6. Apa tidaknya, SMK Merotai Besar mendapat penghormatan sebagai destinasi tunggal di Tawau sebelum beliau meneruskan program turun padangnya pada hari yang sama ke Semporna dan Sandakan. Kehadiran beliau turut ditemani oleh Pegawai daripada Unit Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pegawai daripada Unit Peperiksaan Pejabat Pendidikan daerah Tawau. Dalam lawatan tersebut Tn. Hj. Mohd Fauzi telah menerangkan dengan jelas tentang keistimewaan melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 terutama sekali dengan konsepnya yang "Kos yang Murah" dan "Sijil yang diterima diperingkat antarabangsa" serta setaraf sijil e-level.










 
Copyright © 2016 SMK MEROTAI BESAR
Share on . Powered byBlogger