Syabas kepada warga SMK Merotai Besar, PIBG dan semua pihak yang secara langsung atau tidak langsung mendokong kecemerlangan dalam peperiksaan STPM 2017. Jika tahun 2016 SMK Merotai menduduki tempat ke-4 di Sabah bagi kategori 1, tahun ini perjuangan pelajar STPM melonjak sekolah ke tempat ke-2 di Sabah. Perjuangan begitu manis lantaran SMK Merotai Besar berjaya mengekalkan rentak konsisten untuk terus mencapai 100% lulus selama 6 tahun berturut-turut. Sekali lagi SMK Merotai Besar berjaya mengungguli kedudukan pertama dalam daerah Tawau dalam pencapai gred purata malah lebih manis lagi buat pertama kali dalam sejarah sekolah dan Tawau berjaya melepasti badi Gred Purata 3.00. Bukan sahaja mencecah 3.00 tetapi mencapai 3.17 melepasi sasaran 2017 malah melepasi sasaran ditetapkan untuk tahun 2018 iaitu 3.10. SMK Merotai pada keseluruhannya juga berada dalam tempat ke-2 pencapaian Gred Purata bagi ketiga-tiga kategori tingkatan 6 di Sabah. Umumnya terdapat 59 sekolah di Sabah mencapai kelulusan 100% bagi tahun 2017. Kepada semua, doakanlah kecemerlangan berterusan SMK Merotai Besar. TAHNIAH & SYABAS.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment