BREAKING NEWS

Fokus Mingguan

Maklumat Lanjut

Macam-macam

Wednesday, March 15, 2017

Hak kita yang "TERABAI"...

14 Mac 2017. Program tentang Hak-Hak Pengguna dijalankan di Dewan Serbaguna SMK Merotai Besar. Program dihadiri sendiri oleh Pengetua Sekolah (En. Rabe Juhari) KETUA PENGARAH KPDNKK Sabah (En. Awang Yahya). Wakil Pejabat Pendidikan daerah Tawau (En. Nuraisani)  dan diserikan juga oleh kehadiran YB. Datuk Hamisah Samat. Pelajar yang memenuhi dewan telah disedarkan tentang HAK mereka yang selama ini tidak disedari. Program ini lebih manis apabila Ketua Pengarah KPDNKK Sabah sendiri yang menyampaikan taklimat hampir 2 jam tersebut. Program diakhiri dengan Majlis perasmian Penutupan yang disempurnakan oleh YB. Datuk Hamisa. Beliau turut berpesan agar pelajar akan menghayati ilmu yang didapati dan menyebarkan kepada kaum keluarga dan masyarakat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak KPDNKK yang memilih SMK Merotai besar sebagai destinasi program bagi tahun 2016. "Pucuk Dicita Ulam Mendatang"...

Majlis Perasmian oleh YB. Datuk hamisah Samat
Bergambar bersama peserta pelajar
Pelajar yang menyahut cabaran mengulas semula intipati taklimat Ketua Pengarah
Peserta yang menjawab soalan diberikan hamper sumbangan KPDNKK

 
Copyright © 2016 SMK MEROTAI BESAR
Share on . Powered byBlogger