BREAKING NEWS

Fokus Mingguan

Maklumat Lanjut

Macam-macam

Saturday, May 28, 2016

Sumbangan Kek Oleh P 191 Kalabakan Sempena hari Guru

20 Mei 2016. Sebanyak 40 pengetua dan guru besar buah sekolah menengah dan rendah yang terletak dalam Zon Kalabakan telah diraikan dalam majlis yang ringkas tetapi penuh bererti. Dalam majlis Bersama Rakyat itu juga, setiap sekolah telah diberikan kek hari guru sebagai tanda penghargaan oleh YB. Datuk Ghappur Salleh (Parlimen P191 Kalabakan) kepada para guru.

Turut Kelihatan YB. Muis (ADUN Wallace Bay)

Pengetua SMK Merotai Besar menerima sumbangan kek melalui Ketua Wanita UMNO Kalabakan.

Sambutan Hari Guru Ringkas Tetapi Meriah.

27 Mei 2016. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah dilaksanakan. Walaupun agak ringkas namun kemeriahan tetap terasa. Majlis dipenuhi dengan acara bacaan Yassin, persembahan pelajar, ikrar dan lagu Guru Malaysia.





Atlet SMK Merotai Besar Mewakili Negara ke Thailand.

(Mei 2016). Adik Eizlan telah mengharumkan nama sekolah dengan kejayaan merangkul emas dalam kejohanan MSSS sekaligus mewakili Malaysia ke Sukan Sekolah ASEAN di Chiengmai Thailand. Sebelum itu, adik Eizlan telah berjaya memecahkan rekod lompat tinggi di peringkat Daerah Tawau sekaligus menjadi olahragawan dalam sukan peringkat daerah. Belaiu turut memenangi emas di peringkat sukan Zon Tenggara dan MSS Sabah dengan memecahkan rekod peribadinya. Dalam kejohanan MSSS di Kaula Lumpur, adik Eizlan turut memecahkan rekod peribadinya. Tahniah. Semoga kejayaan terus mengiringi adik Eizlan.

Adik Eizlan menerima semula pingat emas MSSS daripada Pengetua SMK Merotai Besar sambil diperhati oleh Pn. Jaitun Hj. Suman PK Kokurikulum dan Jurulatih nya En. Suriansyah Saggap.

Program Amal Pelajar Tingkatan 6

(Mac 2016) Bagi memenuhi sebahagian silibus dalam Program Tingkatan 6, Para pelajar telah berkunjung kerumah salah seorang pelajar SMK Merotai Besar untuk memberikan khidmat bantu dan menyerahkan sumbangan. Turut mengiringi ialah Pn. Hjh. Hasmah Tassa (Penolong kanan Tingkatan 6) dan Pn. Norhayati Amel (Kaunselor Sekolah). Program ini diharap dapat menyuburkan sikap berbakti dan melakukan kerja-kerja sukarela dalam kalangan pelajar. 




Tahniah Penerima APC 2015

Pada 26 Mei 2016, seramai 8 orang staf SMK Umas-Umas telah dianugerahi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Penerima terdiri daripada 7 orang guru dan 1 orang AKP. Encik Jauhari yang telah berpindah tugas ke Perak tidak dapat hadir dalam majlis berkenaan. Tahniah! Semoga kecemerlangan dapat diteruskan.
Penerima bergambar bersama sijil yang dianugerahi

Sunday, May 01, 2016

TAHNIAH Pasukan Hoki SMKMB B18

TAHNIAH diucapkan kepada Pasukan Hoki SMK Merotai Besar Tawau B18 yang telah dinobatkan Juara Kejohanan hoki Peringkat MSSDT Tahun 2016.

Tahniah..Go Go Go SMKMB







 
Copyright © 2016 SMK MEROTAI BESAR
Share on . Powered byBlogger