BREAKING NEWS

Fokus Mingguan

Maklumat Lanjut

Macam-macam

Wednesday, December 23, 2015

Sejarah SMK Merotai Besar


SMK Merotai Besar, Tawau ditubuhkan pada awal tahun 1980. Penubuhan SMK Merotai Besar ini adalah atas cadangan Kementerian Pelajaran untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang bersekolah di kawasan terpencil dan tercicir kerana tidak dapat menyambung ke sekolah menengah Bandar di Tawau. Pada tahun 1980 hanya terdapat 106 murid dan empat orang guru termasuk pengetua. Pelajar-pelajar ini datangnya dari empat buah sekolah rendah sekitar Kg. Merotai Besar iaitu SK. Merotai Besar, SRK. Merotai Kecil, SRK. Kuala Merotai dan SRK. Tiger.

Ketika ditubuhkan, bangunan sekolah ini hanya menumpang di SK. Merotai Besar dan menjalankan sesi persekolahan pada waktu petang. Pada awal 1981, satu tinjaun telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina bangunan sekolah sendiri. Pada awal tahun 1982, bangunan ini telah dibina. Pembinaan tersebut melibatkan dua blok bangunan sekolah dua tingkat, tiga blok flat kediaman guru, satu blok rumah perkerja (4 unit), satu rumah pengetua, padang sekolah dan sebuah gelanggang bola keranjang.

Menjelang bulan April 1984, bangunan sekolah telah mula digunakan. Pada bulan Julai 1985, semua bangunan telah diserahkan kepada pihak kontraktor kepada Jabatan Pelajaran, dan pada tahun ini juga pelajar telah bertambah dan bilangan ketika itu ialah 325 orang murid manakala guru pula seramai 17 orang. Kelas yang dibuka hanya dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sahaja.

Pada tahun 1985, penempatan di asrama telah mula dibuka dan seramai 125 orang pelajar telah dipilih untuk tinggal di asrama. Pelajar-pelajar ini berasal dari penempatan yang jauh dari SMK Merotai Besar iaitu Luasong, Kalabakan, Brumas, dan Wallace Bay. Pada tahun 1986, sebuah loji penapis air telah dibuka khas untuk sekolah ini bagi mengatasi masalah sumber air. Pada tahun ini juga, SMK Merotai Besar telah membuka kelas tingkatan 4 Aliran Sastera.

Sepanjang penubuhan SMK Merotai Besar, sekolah ini mempunyai 11 orang pengetua iaitu :-

    1980-1981 : En. Ismail Sulaiman
    1981-1984 : En. Zainuddin Johari
    1985-1988 : En. Kalazen Rabeka
    1989-1991 : Pn. Sadiah Ibrahim
    1992-1996 : En. Ismail Sulaiman
    1996-1998 : Pn. Hjh Hapsah Ismail
    1999-2000 : En. Lean Tek Beng (Memangku)
    2000-2005 : Tn. Hj Mahamad Hj. Abdullah
    2005-2007 : Pn. Hjh Arpah A. Kadir
    2008-2013 : Pn. Jamirah Rahmad
    2013-2015 : En. Abdul Rahman Kannan Abdullah
    2015-Kini   : En. Rabe Juhari

Sekolah ini juga telah muncul sebagai sekolah luar bandar yang dapat dibanggakan. Ini dapat dibuktikan dari segi pencapaian akademik dan kokurikulum yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
 
Copyright © 2016 SMK MEROTAI BESAR
Share on . Powered byBlogger