Ini jawapannya
Kebanyakan dari kita tidak dapat menyelesaikan ujian ini kerana kita menyangka titik-titik itu adalah gambaran kotak. Kotak tu adalah persepsi berdasarkan pengalaman, keilmuan dan gambaran diri kita. Kotak-kotak itu akan menjadi semakin menebal bila kita meningkat dewasa. Sebab itu kanak-kanak lebih mudah melakukannya. Apa yang perlu dilakukan adalah anda perlu berfikir luar dari kotak tersebut.
Kotak tersebut boleh diibaratkan sebagai zon selesa anda. Disitulah terletaknya tahap titik kemahiran anda sekarang. Bahagian segi tiga diluar kotak pula adalah zon perang anda. Apa berlaku bila anda berada di zon perang? Anda tentunya tidak selesa, perlu bersedia, berjuang untuk mendapatkan makanan dan kemudahan. Kalau anda tak berjuang anda akan kalah, kalau perang betul-betul anda akan mati tapi kalau keadaan biasa anda akan gagal atau tak akan kemana-mana. Dalam kes anda sebagai pelajar anda perlu berjuang untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran baru anda. Apabila anda sudah menguasainya kotak segi tiga tersebut akan menjadi kotak empat segi yang lebih besar dan akan membentuk zon selesa anda yang baru dan dengan kata lain akan menjadi titik kemahiran anda yang baru.
Jadi apa kesimpulan yang anda boleh buat disini. Ya, anda perlu menjadikan diri anda sentiasa berada di zon perang. Kalau anda hanya berpuashati dengan zon selesa anda, anda tidak akan kemana. Jadi dah bersediakan anda?
sumber: smartz.
Post a Comment