BREAKING NEWS

Fokus Mingguan

Maklumat Lanjut

Macam-macam

Tuesday, May 13, 2008

MOTIVASI DIRI - Mutiara Kata


Oleh: Azizi Ahmad Nordin

Mutiara kata adalah suatu keindahan bahasa yg dapat memberi pedoman kepada mereka yg menghayati.Keindahan
kata-kata itu turut memberi motivasi dan inspirasi bagi mereka yg menjiwai. Renungilah mutiara kata-kata ini,agar dapat
manfaat darinya...

v Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.- Aristotle

v Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.- Albert Camus

v Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.- Marcus Aurelius

v Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.- Jose Joaquin Olmedo

v Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidakmenjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.- Joseph Conrad

v Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.- William J. Siegel

v Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.- Philip Massinger

v Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.- Lao Tze

v Kegagalan adalah asas kemenangan.- Lao Tze

v Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.- Lao Tze

v Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.- Flower A. Newhouse

v Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.- Samuel Johnson

v Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.- Cecil B. DeMille

v Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.- Peribahasa Arab

v Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius

v Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.- Confucius
 
Copyright © 2016 SMK MEROTAI BESAR
Share on . Powered byBlogger