BREAKING NEWS

Fokus Mingguan

Maklumat Lanjut

Macam-macam

Sunday, April 20, 2008

UJIAN PRASANGKA - Titik Kemahiran, Anda Berusahalah Untuk Mendapatkannya

Apabila anda hendak mempelajari sesuatu perkara titik penguasaan anda akan bermula dari kosong. Ianya akan bertambah berbanding dengan masa, semakin lama anda mempelajarinya titik penguasaan anda akan bertambah dan akhirnya anda akan mencapai titik kemahiran. Bila anda ingin memperlajari sesuatu yang baru, titik penguasaan anda akan bermula dari kosong semula dan begitu lah seterusnya. Cuba anda lihat titik di bawah. Ianya dipanggil ujian prasangka

titik1

Cuba anda sambungkan titik tersebut dengan 4 garis lurus dengan syarat pen anda tidak boleh diangkat sebelum semua titik tersebut disambung. Garisan yang sama tidak boleh dibuat lebih dari sekali tetapi garisan boleh bersilang antara satu sama lain. Dalam kajian yang dilakukan terhadap kanak-kanak sekolah di jepun 99% dari mereka boleh menyelesaikan ujian tersebut dan hanya 1% sahaja dari kanak-kanak tersebut tidak dapat menjawabnya. Apabila ujian tersebut di ajukan kepada orang dewasa pula hanya 1% sahaja yang boleh menjawabnya dan 99% lagi telah tidak dapat menjawabnya walaupun mereka pernah melakukannya sebelum ini. Jadi anda bagaimana, boleh anda selesaikan masalah ini. Boleh! tak boleh!

Selamat mencuba.(Jawapan kepada ujian ini akan disiarkan pada bulan Mei)

sumber: smartz, Disember 26, 2007


Thursday, April 17, 2008

SENYUM - Tumpukan Perhatian


Teliti itu penting!

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah

melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi

tempat mayat itu diletakkan..


"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi

seorang doktor", kata pensyarah itu.


"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai

contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat,

menariknya semula dan menjilat jarinya itu.


"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.


Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat.

Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya.

Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan

berkata....


"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti

tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk.....


SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!

ENGLISH SECTION -The Facts of Life


by: Harith Asy'ari

'Dreamt' is the only English word that ends in the letters 'mt'. ? (Are you doubting this?)

Our eyes are always the same size from birth, but our nose and ears never stop growing.

The sentence: 'The quick brown fox jumps over the lazy dog' uses every letter of the alphabet. (Now, you KNOW you're going to try this out for accuracy, right?)

The words 'racecar,''kayak' and 'level' are the same whether they are read left to right or right to left (palindromes). (Yep, I knew you were going to 'do' this one.)
There are only four words in the English language which end in 'dous': tremendous, horrendous, stupendous, and hazardous. (You're not doubting this, are you?)

There are two words in the English language that have all five vowels in order: 'abstemious' and 'facetious.' (Yes, admit it, you are going to say, a e i o u)
TYPEWRITER is the longest word that can be made using the letters only on one row of the keyboard. (All you typists are going to test this out)

source: internet

Wednesday, April 16, 2008

MOTIVASI PELAJAR - Membaca secara berkesan

Membaca adalah satu proses yang sangat penting untuk mendapat ilmu dan maklumat. Kebanyakan pelajar mempunyai tabiat belajar yang buruk. Akibatnya mereka menghadapi masalah seperti cepat bosan, jemu, kurang minat, mengantuk dan sebagainya. Lama-kelamaan jika diteruskan juga akan membuatkan pelajar rasa malas untuk membaca. Kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan perlu ditanam dalam diri pelajar. Dengan ilmu manusia disanjung, dikagumi dan dihormati. Kejayaan dan kecemerlangan hidup tidak mungkin tercapai tanpa ilmu.

Persediaan Sebelum Membaca. Langkah-langkah yang berikut perlu diambil untuk memastikan pelajar mampu membaca secara berkesan.

  1. Pilih masa belajar yang sesuai. Waktu belajar yang paling sesuai ialah ketika kurangnya gangguan terhadap tumpuan. Badan tidak letih dan perut tidak terlalu kenyang. Waktu subuh adalah merupakan waktu yang paling ideal untuk belajar.

  2. Pilih suasana yang sesuai. Iaitu suasana yang terang, kemas, bersih, nyaman, tenang dan tersusun.

  3. Pastikan kedudukan badan yang betul dengan buku dijarakkan lebih kurang satu kaki dari mata.

  4. Mulakan dengan bacaan Bismillah dan doa agar diterangkan hati.

Pelbagai Cara Membaca. Terdapat tiga cara membaca bergantung kepada tujuan satu-satu sessi pembacaan itu dilakukan.

  • Membaca untuk hiburan. Membaca untuk tujuan berhibur tidak memerlukan daya tumpuan yang tinggi. Bahan-bahan yang biasa dibaca ialah majalah, komik, novel, cerpen, akhbar dan sebagainya.

  • Membaca untuk mencari maklumat tertentu. Ada ketikanya anda membaca semata-mata untuk mencari maklumat yang tertentu sahaja. Anda boleh membaca seimbas dan pantas bagi mencari lokasi maklumat yang dicari. Anda perlu merujuk kepada isi kandungan dan indeks bagi mendapatkan maklumat dengan lebih cepat. Anda boleh terus membelek muka surat yang berkaitan dan memlambatkan bacaan anda bagi menyaring maklumat yang ada.

  • Membaca secara kritikal. Membaca cara ini perlu apabila anda membaca untuk memahami konsep, istilah, logik dan sebagainya. Membaca secara kritikal adalah kaedah yang betul ketika menelaah mata pelajaran anda. Dengan menggunakan pendekatan ini, belajar nyata lebih seronok dan tidak membosankan. Minat juga mula terbit apabila anda mula memahami isi kandungan yang dibaca.

Langkah-langkah Membaca Secara Kritikal.

  • Melihat seimbas. Berikan perhatian kepada perkara-perkara yang berikut.

    Lihat tajuk-tajuk kecil dan dapatkan perkaitan (jika ada) diantara tajuk-tajuk tersebut.

    Amati seimbas rajah, peta, jadual, carta, radas,gambar dan sebagainya.

    Lihat soalan-soalan yang ada termasuk soalan-soalan dibahagian belakang sesuatu bab / tajuk utama.

    Catatkan sebarang persoalan (jika ada) yang timbul dalam fikiran pada sehelai kertas.

  • Baca pendahuluan dan kemudian baca bahagian kesimpulan / penutup.

  • Baca secara terperinci, ayat demi ayat, perenggan demi perenggan. Terjemahkan setiap penjelasan dalam bentuk gambaran minda.

  • Jangan pindah perenggan selagi anda tidak memahami apa yang sedang dibaca. Perlahankan rentak bacaan anda apabila tiba dibahagian yang sukar. Ulang baca beberapa kali sekiranya perlu.

  • Gariskan fakta-fakta penting. Buatkan ringkasan kedalam nota peperiksaan anda.

  • 'Highlight' setiap kata kunci.

  • Gunakan kod warna misalnya warna kuning untuk nama orang, warna biru untuk tarikh dan sebagainya.

  • Yakinkan diri anda yang anda mampu menguasai bahan yang dibaca.

  • Setelah habis satu perenggan, tutup buku dan nota anda. Fikirkan atau gambarkan semula apa yang telah anda baca. Setelah habis satu tajuk kecil, ambilkan sehelai kertas dan lakarkan kembali apa yang telah anda baca dalam bentuk peta minda atau peta konsep.

sumber: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D - Laman MAP dan laman e-latih

Sunday, April 13, 2008

DETIK GEMILANG - Rozianah Matlin, antara yang terbaik di Sabah

Oleh: Harith Asy'ari

Walaupun kedudukan fizikal sekolah yang berada jauh daripada bandar, tetapi itu bukanlah penghalang kepada pelajar sekolah ini untuk menempa kegemilangan dalam pembelajaran. ini terbukti apabila salah seorang calon STPM 2007, Rozianah Matlin telah berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang bukan sahaja dalam peringkat sekolah, malahan di peringkat negeri. Beliau telah tersenarai sebagai pelajar yang berkedudukan ke-14 di Sabah dalam STPM 2007. Sudah tentu, kejayaan beliau seharusnya dijadikan sebagai motivasi kepada calon STPM 2008 khususnya dan kepada semua pelajar SMKMB secara umumnya.


Meanwhile, twenty-two students scored excellent results in Commulative Grade Point Average (CGPA), in their respective subjects, of 4A.
These are Michelle Tann Mei Yee (4As), Siau Ting Fong (4As), both of SM La Salle, Kota Kinabalu, and Sekolah Tinggi's Chang Sin Yuen (4As), Chu Yung Jeh (3As, 1 D+), Lai Chuen Hien (4As), Ng Juin Yi (3As, 1B+), Ng Shin Yiu (3As).
Irwan Nusu, of SMK Elopura, Sandakan (4As) and Christywati Enjasney, of SMK Telupid ((3As, 1B).
Each of them scored 4.00 points. Those scoring 3.92 points were Chee Tze Cheng, Desmond Goh Jun-Hui (SM La Salle), Christine Wong Mei Rong (Sekolah Tinggi), Tan Wai Chung (St Mary's, Sandakan), Siu Jian Vui (SMK Tawau) and
Rozianah Matlin (SMK Merotai, Tawau). -Daily Express, 12 March 2008.

Wednesday, April 09, 2008

DETIK GEMILANG - Indah Alpa



Oleh: Harith Asy'ari


Sedang saya leka melayari internet, saya telah menemui artikel ini yang dipetik dari http://www.psm.org.my/info/info/keputusan_tingkatan6.htm. Sekalung tahniah kepada bekas pelajar iaitu adik Indah Alpa kerana telah berjaya menggondol hadiah saguhati. Keputusan penuh adalah seperti berikut:

B) KATEGORI PELAJAR TINGKATAN 6 (ENAM)

TEMPAT PERTAMA

Tajuk Karya: KUBU MARGAHARITA:WARISAN SARAWAK YANG MEMBANGGAKAN
Penulis: Liew Siew Ling
Alamat: SMK St. Joseph, Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching, Sarawak

TEMPAT KEDUA

Tajuk Karya: "THE GRAND OLD LADY"
Penulis: Leonard Lemen
Alamat: SMK Lutong, 91800 Lutong Miri Sarawak

TEMPAT KETIGA

Tajuk Karya: SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN HOKKIEN SEKINCHAN
Penulis: Cha Ai Bee
Alamat: SMJK Yoke Kuan, 45400 Sekinchan, Selangor

HADIAH SAGUHATI

1. Tajuk Karya: SYEIKH ABDUL MALIK TOKOH ILMUAN TERBILANG
Penulis: Norafifah binti Mamat
Alamat: SMK Manir, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu

2. Tajuk Karya: MIRI BANDARAYAKU
Penulis: Nurasia binti Muhammad
Alamat: SMK Lutong, Lutong, 98000, Miri, Sarawak

3. Tajuk Karya: KAMPUNG KUBANG TRADISIONAL PENERAJU PEMBANGUNAN
Penulis: Indah Alpah Abdul Mandak
Alamat: SMK Merotai Besar, Peti Surat 272, 91000 Tawau, Sabah

Monday, April 07, 2008

PENA PANEL - Kehidupan Yang Bererti


Oleh: Azizi Ahmad Nordin

Berapa umur anda saat ini?
20 tahun, 30tahun, 40tahun atau bahkan 5 tahun…
Berapa lama anda telah melalui kehidupan anda?
Berapa lama lagi sisa waktu anda untuk menjalani kehidupan?
Tidak ada seorang pun yang tahu bila kita mengakhiri hidup ini.



Sebagai manusia jelas kita memiliki perbezaan dalam menjalankan kehidupan. Kehidupan bukanlah sekadar rutin.



Kehidupan adalah kesempatan untuk kita mencurahkan potensi diri kita untuk orang lain.
Kehidupan adalah kesempatan untuk kita berbagi suka dan duka dengan orang yang kita sayangi.
Kehidupan adalah kesempatan untuk kita bisa mengenal orang lain.
Kehidupan adalah kesempatan untuk kita membantu kepada sesama.
Kehidupan adalah kesempatan untuk kita mencintai pasangan kita, orang tua kita, saudara, serta mengasihi sesama kita.
Kehidupan adalah kesempatan untuk kita belajar dan terus belajar tentang arti kehidupan.
Kehidupan adalah kesempatan untuk kita selalu mengucap syukur kepada Allah Yang Maha Kuasa .. Kehidupan adalah … dll.



Begitu banyak Kehidupan yang boleh kita jalani.
Berapa tahun anda telah melalui kehidupan anda ?
Berapa tahun anda telah menjalani kehidupan rutin anda ?



Pandanglah di sekeliling kita…ada segelintir orang yang memerlukan kita. Mereka menanti kehadiran kita. Mereka menanti dukungan kita. Orang tua, saudara, pasangan, anak, sahabat dan sesamanya.



Bersyukurlah padaNYA setiap saat bahwa kita masih dipercayakan untuk menjalani kehidupan ini. Buatlah hidup ini menjadi suatu ibadah.



Selamat menjalani hidup yang lebih berkualiti.

sumber foto: internet

Wednesday, April 02, 2008

PROFAIL PELAJAR - Shahbudin Beddu

Oleh: Surfiansyah Nanang


PROFAIL

NAMA: SHAHBUDIN BEDDU

SPM 2007: 5A, 1B, 4C

ALIRAN: SAINS(5UM2007)

PETUA DALAM KELAS

  • Fokus kepada PNP 100%
  • Buat kuiz antara kumpulan dalam kelas, jadikan PNP lebih interaktif.
  • Minat kepada semua guru...minat kepada setiap mata pelajaran
  • Selepas guru keluar dari kelas, jadikan rakan anda yang pakar dalam sesuatu subjek sebagai guru.
  • Jangan malu untuk bertanya, malu bertanya sesat jalan.

PETUA ULANGKAJI

  • Sebelum ulangkaji, berwudhu’ dan baca doa-doa belajar.
  • Tampal fakta-fakta yang penting di tempat yang mudah dilihat di dalam bilik.
  • Lawan kemalasan diri...
  • Motivasi sesama rakan sendiri, beri semangat dan galakan.
  • Tumpukan kepada subjek yang susah, tapi jangan remehkan subjek yang mudah.

PETUA SEBELUM PEPERIKSAAN

  • Perbanyakkan solat hajat(Tingkatkan hubungan dengan Allah)
  • Waktu petang study bab-bab pengiraan.
  • Waktu malam focus kepada penghafalan
  • Waktu-waktu akhir sebelum exam, don’t study hard, but smart.
  • Hafal formula-formula penting dan banyakkan latihan.

PETUA SEMASA MENDUDUKI PEPERIKSAAN

  • Bahagikan masa sebaik yang mungkin.
  • Menjawab dengan tenang, jangan menggelabah, be cool walau sesukar manapun soalan tersebut....
  • Apabila terlupa sesuatu fakta, banyakkan selawat.
  • Fokus kepada soalan( jangan terpengaruh dengan persekitaran)
  • Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu.
  • Setelah selesai menjawab, semak dan semak berulang kali jawapan dan soalan.

NASIHAT KEPADA CALON SPM 2008

  • Study dari awal........jangan tunggu last minute....
  • Jgn ingat form 4 sebagai tahun berbulan madu
  • Tunaikan tanggungjawab kepada agama, ibu-bapa dan sekolah.
  • Respect our teachers
  • Lastly, tawakal kepada maha Esa.

PROGRAM SMKMB - April 2008

Oleh: Surfiansyah Nanang

AKTIVITI BULAN INI:

1. PERKAMPUNGAN AKADEMIK PMR
04-05 APRIL 2008

2. PERKAMPUNGAN AKADEMIK STPM
11-12 APRIL 2008

3. PERKAMPUNGAN AKADEMIK SPM
18-19 APRIL 2008

4. HARI ANUGERAH BESTARI 2008
26 APRIL 2008


SEMUA MAJLIS BERLANGSUNG DI SMK MEROTAI BESAR TAWAU.

TIPS KEJAYAAN - 12 cara tingkatkan daya ingatan

Oleh: Surfianyah Nanang

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi.


Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa.


Antaranya ialah:


Amalkan Tidur Yang Cukup

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup.
Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.


Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.


Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.


Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.


Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.


Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.


Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.


Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.


Katakan Berulang Kali

Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.


Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.


Bermain Dengan Angka

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan.
Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.


Membaca Al-Quran

Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

sumber: internet




MUKA HADAPAN - Bil 1/2008

cover oleh: sulfat
 
Copyright © 2016 SMK MEROTAI BESAR
Share on . Powered byBlogger